Ads Top


Petua Menghilangkan Lenguh Kaki

cara hilangkan lenguh kaki

Petua dan Tips : Petua Menghilangkan Lenguh Kaki

Kaki yang lenguh pasti membuatkan anda rasa tidak selesa untuk membuat kerja-kerja seharian di pejabat ataupun di rumah. Ada banyak sebab kaki boleh menjadi lenguh ini. Sama ada selalu bergerak, berjalan atau membuat kerja-kerja rumah. Di sini admin kongsikan satu petua untuk menghilangkan lenguh pada kaki.

Petua Merawat Lenguh Kaki

Petua ni menggunakan beberapa ulas halia muda dan bawang putih. 

Halia dan bawang tu dibuang kulitnya dan ditumbuk hingga lumat (hancur). Biar sampai sedikit berair. 

Lepas tu ramuan tu ditampal dan lumur pada bahagian kaki yang berasa lenguh. 

Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. 

Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun.

Dikatakan sekiranya diamalkan setiap hari selama seminggu, pasti rasa lenguh-lenguh kaki tu hilang. 

Selamat mencuba..


No comments:

Powered by Blogger.