Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali
Petua dan Tips : Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali
Siku atau buku lali yang hitam boleh menjejaskan penampilan seseorang, ia juga akan boleh menyebabkan rasa rendah diri kita pada orang sekeliling. Ada yang mengatakan, punca hitam itu muncul kerana hiper-pigmentasi kulit.
Jika dibiarkan, kulit di kawasan tersebut boleh menjadi kasar seperti kertas pasir. Hehe.. Apa salahnya mencuba petua di bawah ini.
Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali
Sediakan satu cawan susu, tepung gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu kecil serbuk kunyit.
Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata.
Kemudian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.
Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkanbahan/adunan yang disapu tadi.
Jika mahukan hasil yang baik, kena la rajin mengulanginya. InsyaALLAH\
Selamat mencuba...
Petua dan Tips : Petua Mencerahkan Siku/ Buku Lali
No comments: