Tutorial Cara Buat Makanan Basah Untuk Kucing
Petua & Tips : Tutorial Cara Buat Makanan Basah Untuk Kucing
Khas untuk pencinta kucing, korang boleh follow cara ni utk buat makanan yang berkhasiat untuk kucing kesayangan korang..
Kelebihan dan kekurangan dari makanan basah sebagai berikut:
• Makanan basah biasanya akan disimpan dalam bekas kedap udara dan ini untuk mengekalkan kesegarannya dan ia sangat bagus untuk kucing
• Biasanya makanan basah lebih lazat dan beraroma tajam sehingga kucing lebih menyukainya.
• Harga makanan basah biasanya lebih mahal dibandingkan dengan makanan kering.
Okey, kalau baca point terakhir tu yang berat sangat poket tu.. So, kami ada sediakan tutorial bagaimana cara nak buat makan basah sendiri. Tak perlu beli, just beli bahan-bahannya sahaja yang mungkin tak sampai pun RM10 tapi kucing dapat makan banyak kali..
Jomm cuba...
Ikan sardin sekilo.. sukati uols nk tkr dgn ikan jaws ke ikan pirana ke janji kucing korng makan.. hahaa.. luck aku dpt rm2 utk sekilo sardin ni.. yeayyy
Carrot tu kalau carrot kecik 2 batang cukuplah.. jangan banyak-banyak tau.. apa ingat kucing kau arnab.. kakakaaa
Seikat kecil bayam.. dulu aku pernah letak labu.. labu pun sangat bagus untuk kucing.. anggaran labu banyak mana tu pandai-pandaila.. nama pun ikut suka.. kikiiki
Agar-agar brand pape pun boleh.. janji lastnya jadi lengkong jangna jadi semperit udah.. ni guna setengah plastik untuk sekilo ikan..
Rebus ikan sampai masak.. tak perlu siang.. terus buh semua dalam kuali dengan air yang bersih.. tapi sebenarnya lagi elok siang buang perut dan buang kepala sebab lagi bersih.. hehee peace..
Lepas ikan sejuk.. cabut kepala & tulang tengah ikan yang macam sikat tu dan buang.. (mcm aku yang 'rajin' ni aku buang kepala je.. kakaaka..) buh air dalam blender then boleh la isi-isi ikan tu diblender bersama carrot & bayam tadi.. jangan lupa carrot tu potong nipis-nipis. Tak adalah blender berasap nak keja.. hahaaa
Then msukkan bahan-bahan yang telah diblender tu suma dalam kuali.. buh air sikit ikut agak-agak & buh agar-agar tadi.. kacau sampai agar-agar tu lesap.. then tutup api..
Lepas bahan dimasak tadi rasa-rasa dah kurang panas @ 15-20 minit lepas tutup api, bolelah dimasukkan dalam bekas.. biar sejuk betul baru letak dalam peti ais @ boleh lah bagi miau makan.. jangan letak kat freezer pulak.. huhu
Tadaaaaaa.. selain berkhasiat sebab ada sayur, wetfood sndiri ni sangat menjimatkan sebab 1 mangkuk kucing ni baru 3 sudu je letak.. kat dalam peti ais ada bertingkat-tingkat lagi belum terusik.. kbai..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Sumber : Dino Morissette
No comments: