Perkara Yang Perlu Ibu Hamil Elakkan
Petua & Tips : Perkara Yang Perlu Ibu Hamil Elakkan
Ingat lagi masa kita mengandung anak pertama, ibu kita membebel jangan makan itu, jangan makan ini. Itu bukan bermakna ibu kita suka berleter. Ibu kita sebenarnya memberikan peringatan agar menjaga kandungan sebaik-baiknya.
Jika sekarang anda sedang mengandung anak pertama, mungkin kurang jelas apa yang sepatutnya anda perlu elakkan semasa mengandung. Untuk anak pertama, anda akan rasa teruja untuk menimang cahaya mata dan selalu mencari-cari bahan bacaan yang sesuai semasa mengandung bukan?
Bagi bakal ibu yang sedang mengandung anak pertama, mari kita bincangkan apakah makanan yang perlu dihindari, dielakkan dan tidak digalakkan semasa mengandung.
Antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil ialah:
1. Alkohol
Alkohol mesti dijauhi. Bagi umat Islam, sememangnya tidak akan minum langsung. Namun ada segelintir yang bukan Islam yang ‘selamba’ minum arak di kelab-kelab malam tatkala hamil. Tidak cukup dengan itu, ada yang simpan ‘stok’ di dalam peti ais. Ingat, pengambilan alkohol oleh ibu hamil akan mengundang kecacatan fizikal dan mental pada bayi. Pembuangan alkohol oleh badan sangat lambat prosesnya. Kenapa mesti minum arak? Apa susah, minum air kosong lagi sedap kan?
2. Rokok
Apa perasaan anda apabila melihat ibu mengandung yang merokok? Rasa nak tampar? Rasa nak terajang? Rasa nak ‘sekolahkan’ dia? Tahniah jika anda ada perasaan sebegitu.
Namun ada ibu mengandung yang ‘selfish’ yang hanya pentingkan keseronoka diri sendiri. Alasan ‘stress’ ada satu alasan bodoh. Merokok semasa mengandung selalunya dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut pertumbuhannya dan berat badan yang rendah. Kes-kes kematian mengejut atau ‘sudden death’ yang berlaku pada bayi juga selalu dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.
3. Minuman berkafein (Caffeine)
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko, minuman bergas, coklat dan lain-lan lagi juga dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal. Ini termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang ibu mengandung.
4. Pil dan ubat-ubatan
Selalu kita dengar, “Kalau mengandung, boleh makan Panadol ke tak eh?”. Untuk jawapan sebegini, sila rujuk doktor untuk penerangan yang lebih konkrit. Perlu diingat, ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sekali lagi diingatkan, sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama.
5. Gula
Sedangkan orang yang sihat dilarang menggunakan gula berlebihan, apatah lagi ibu mengandung. Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya. Tak dapat bayangkan betapa sakitnya bila mahu melahirkan bayi yang besar. Sakit tak?
6. Vitamin A
Sila jauhi ‘multivitamin supplement’ yang mengandungi dos yang tinggi. Juga elakkan ‘fish liver oil supplements’. Pengambilan vitamin A adalah dilarang semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dan sebagainya. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.
7. Raksa (Mercury)
Semasa di sekolah menengah dahulu, mungkin kita pernah nampak raksa. Kita akan terfikir, “Eh, ada ke ibu mengandung yang makan raksa tu?”. Oh, bukan dalam bentuk sebegitu. Dalam konteks ini, ia adalah raksa yang didapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti ‘shark-fin’, tuna, mackerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.
8. Makanan mentah atau tidak cukup masak
Jangan makan daging mentah. Jangan makan susu mentah. Jangan makan telur mentah. Ia adalah merbahaya. Pengambilan makanan mentah akan yang tidak cukup masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk. Ada sejenis penyakit yang boleh menyebabkan parasit yang didapati dalam daging mentah merebak dalam badan ibu mengandung. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada bayi. Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.
Selain ibu sendiri yang menjaga, sepatutnya si suami juga menjadi pendorong atau sama-sama menjaga para isteri menghadapi masa atau waktu hamil mereka agar dapat menjalani kualiti kehamilan yang baik. Seterusnya melahirkan zuriat yang sihat dan cerdas. InsyaAllah, amiin..
Selain ibu sendiri yang menjaga, sepatutnya si suami juga menjadi pendorong atau sama-sama menjaga para isteri menghadapi masa atau waktu hamil mereka agar dapat menjalani kualiti kehamilan yang baik. Seterusnya melahirkan zuriat yang sihat dan cerdas. InsyaAllah, amiin..
Petua & Tips : Perkara Yang Perlu Ibu Hamil Elakkan
No comments: