Ads Top


Petua Dan Tips Putihkan Kulit Secara Semula Jadi


Semua orang mengimpikan kulit yang cantik, bersih, cerah dan gebu. Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna.
Kaedah yang paling mudah adalah dengan menggunakan bahan kimia atau bahan peluntur.
Tetapi adakah cara ini sahaja yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kulti yang putih dan cerah ?
saya ingin berkongsi cara tradisional yang selamat dan efektif didalam membantu anda mencerahkan kulit wajah.
Kat sini saya kongsikan tips untuk putihkan kulit secara semulajadi… Orang kata natural glowing gitu..putih berseri..Mungkin korang bleh cuba..
Cara 1: Sapukan larutan jus lemon

Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.

Berhati-hati jika anda ingin menyapu sebarang jenis jus sitrus pada muka anda. Fitofotodermatitis boleh disebabkan oleh tindak balas di antara cahaya UV dan bahan kimia yang memfotosintesis yang didapati dalam buah sitrus. Walaupun anda boleh menggunakan jus lemon pada kulit anda, anda perlu bersihkan jus tersebut secukupnya sebelum keluar dan berada di bawah cahaya matahari.

CARA 2: RENDAMAN SUSU LEMON

Untuk rawatan pencerahan seluruh tubuh yang melegakan, mulakan dengan memenuhkan tab mandi dengan air panas.
Tuang satu cawan susu penuh krim dan perah jus daripada sebiji lemon ke dalam tab. Masukkan lebihan kulit lemon yang telah diperah kedalam tab mandi.
Kacau campuran supaya susu dan lemon terserak rata ke seluruh tab. Berendam di dalam tab selama 20 minit, kemudian bilas tubuh anda dengan air bersih.
Susu dalam rendaman ini mempunyai enzim yang mencerahkan kulit dengan lembut. Ia juga melembapkan kulit, mengimbangi ciri-ciri pengering kulit pada jus lemon.
Cubalah rendaman susu sekali seminggu dan anda boleh melihat hasilnya selepas lebih kurang satu bulan.

CARA 3: MASKER MADU DAN YOGURT

Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria.Bersama, kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan.
Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh anda.
Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula. Yogurt yang bergula atau berperisa akan menjadi terlalu melekit.
Sebagai ganti madu, cuba lenyek avocado atau gunakan aloe. Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.

CARA 4 : MASKER TIMUN DAN LEMON

Cara kedua untuk cerahkan kulit ialah menggunakan timun. Sayur ini memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah.Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.
Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya.
Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam.
 Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

CARA 5 : PES / MASKER DARI KACANG,  KUNYIT & CUKA EPAL

Untuk pemutihan yang lebih hebat, cuba buat pes yang pekat menggunakan bahan-bahan semula jadi yang membantu memutihkan kulit.
Sapukan pes pada muka anda yang baru dibersihkan, biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam.
Di sini disediakan dua resepi untuk pes pemutih semula jadi:
Pes tepung kacang kuda : Tuang ¼ cawan tepung kacang kuda ke dalam mangkuk. Tambahkan jus lemon atau susu secukupnya untuk membuat pes yang pekat.
Pes kunyit : Tuang 1 sudu besar kunyit ke dalam mangkuk. Tambahkan jus lemon atau susu secukupnya untuk membuat pes yang pekat.
pes cuka epal dan tepung gandum : Tuang 1 sudu besar tepung gandum & 3 sudu besar cuka epal ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
sapu dua kali seminggu. Ia pastinya akan membantu memutihkan kulit anda.

CARA 6 : UNTUK MASALAH SUNBURN / KULIT TEBAKAR

Perbanyakkan pengambilan ikan salmon dan sayur-sayuran hijau seperti bayam. Kenapa?
Sebab lemak baik yg ada dlm ikan salmon dan sayur-sayuran boleh membuatkan sel kulit terbakar (sunburn) atau rosak diperbaharui semula.
Untuk penjagaan kulit badan, bila kulit kena sunburn, gunakan pelembap kulit atau moisturize utk tone kulit asal back to normal.
Bila perlu, tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Cuci kulit yang hangus terbakar dengan air tersebut.
Kenapa nak kena mandi dengan air soda? Sebab air tu dikatakan dapat ringankan rasa sakit akibat terkena selaran matahari.
Amalkan vitamin C dan vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda.
Dan jangan lupa pakai sun block yer.Penting utk elakkan kulit dari sinar uv secara langsung sebab sinar matahari ni tidak selamanya baik untuk kesihatan kulit.

CARA 7 : SKRUB BIJI KOPI DAN MINYAK ZAITUN

Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.
Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda.
Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.

CARA 8: PENGELUPASAN KULIT DENGAN GARAM & GULA

Timbunan sel kulit mati di permukaan kulit anda boleh membuat kulit anda kelihatan sedikit kusam.Untuk mencerahkan kulit anda, adalah penting untuk sering melakukan pengelupasan.
Satu cara bagus untuk mengelupas kulit adalah dengan menggunakan skrub badan yang terdiri daripada gula atau garam.
Semasa mandi, basahkan kulit anda dan gosokkan skrub dengan gerakan lembut secara membulat ke seluruh tubuh anda.
Dengan cara ini, anda boleh ‘menggilap’ kulit anda sehingga ia ‘bersinar’ sihat.Untuk mengelupas kulit anda, gunakan skrub muka yang lebih lembut.
Oatmil atau badam kisar mempunyai ciri-ciri pengelupasan yang baik yang tidak akan merosakkan kulit muka anda yang lembut.
Menggunakan berus kering untuk menyapu sel kulit mati daripada tubuh anda juga satu lagi kaedah pengelupasan yang bagus.
Cari berus yang diperbuat daripada serat semula jadi dan beruskan tubuh anda sebelum anda mandi.

CARA 9 : LEMBAPKAN KULIT DENGAN MINYAK

Memastikan kulit anda sentiasa lembap akan mencegah sel kulit mati daripada bertimbun dan bersalin dengan cepat.Untuk kulit yang lebih cerah, gunakan pelembap harian selepas anda selesai mandi.
Pilih pelembap berkrim yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol sebenarnya boleh mengeringkan kulit anda.
Minyak kelapa ialah satu lagi pelembap yang bagus yang mengekalkan kulit kelihatan berseri dan muda remaja.
Sapukan minyak kelapa pada lengan dan kaki selepas selesai mandi.Tunggu selama sepuluh minit untuk ia menyerap ke dalam kulit sebelum anda memakai pakaian anda.
Minyak jojoba juga mempunyai ciri-ciri pelembapan dan bagus untuk kulit. Minyak zaitun atau minyak badam juga boleh memberikan hasil yang baik.

CARA 10 : BARLI GORENG DAN JUS LIMAU

Ketika demam, barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan. Bukan itu sahaja.Ia juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.
Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini. Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak.
Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak.
Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

CARA 11 : TUMBUK BERAS PULUT


Khasiat beras pulut memang telah lama diakui sejak turun-temurun. Kandungan kanjinya yang tinggi memerlukan ia dibasuh berulang kali hingga bersih.
Nyata bahan ini ramai yang menggunakannya untuk mencerahkan kulit kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati.
Caranya, rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda.
Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih Seeloknya dibuat sebelum mandi.

CARA 12 : SAPUKAN PURI TOMATO & ELAKKAN SINARAN MATAHARI SELEPAS JAM 10 PAGI.

Elakkan cahaya matahari sama sekali selepas jam 10 pagi.Cahaya matahari mempunyai gelombang ultra ungu yang berbahaya tetapi ia juga membantu tubuh membuat Vitamin D.
Tetapi vitamin D hanya dihasilkan oleh cahaya matahari pada waktu pagi sahaja, iaitu sebelum jam 10 pagi.
Anda juga boleh sapukan puri tomato pada muka anda dan biarkan selama 20 minit
Menyapu campuran ini setiap selang satu malam boleh memutihkan warna kulit anda dengan mendadak sekali.
Jangan lupa untuk melindungi kulit anda secukupnya daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung pada waktu siang bagi mengelakkan kulit menjadi lebih gelap.

CARA 13 : MASKER BETIK MUDA

Kulit yang kusam biasanya disebabkan sel kulit yang telah mati. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan buah betik.
Ia mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati dengan kadar segera.
Buah yang sungguh manis rasanya ini juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida. Kulit anda pasti akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah.
Caranya mudah sahaja Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Kemudian, titiskan perahan limau nipis.
Oleskan di wajah dan leher. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih memuaskan.
Untuk memutihkan kulit anda secara mendalam, ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu.
Bahan-bahan ini boleh dipakai untuk semua jenis kulit.
Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya akan memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.

CARA 14 : SAPUKAN JUS LEMON & JUS TOMATO

Cara lain yang efektif untuk memutih dan mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan 1 sudu makan jus lemon yang dicampur dengan 1 sudu makan jus tomato.
Amalkan dua kali seminggu. Jus lemon juga dipercayai boleh mengatasi hiperpigmentasi kulit. Bahan-bahan ini baik untuk jenis kulit normal dan berminyak.

CARA 15 : RENDAM DIDALAM AIR BERAS

Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita.
Tetapi berapa ramai yag tahu bahwa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi.
Hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari, anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu.

CARA 16 : PELEMBAP SEMULJADI LIDAH BUAYA

Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera.
Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lender lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit.
Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.

CARA 17 : CUKUPKAN KEPERLUAN MINERAL DALAM TUBUH

Kurang minum air boleh menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi dapat membuatkan kulit menjadi kering dan kusam.
Untuk itu, kita harus mengambil mineral yang mencukupi setiap hari. Caranya dengan banyak meminum air putih, minimal 8 gelas satu hari.
Walaupun Nampak remeh, memperbanyak minum air putih akan memberikan banyak manfaat untuk tubuh kita.

CARA 18. HINDARI ASAP ROKOK & VAPE

Asap rokok & vape dapat membuat kulit menjadi rosak dan mempercepat proses penuaan.
Jika anda seorang perokok, usahakan untuk menguranginya atau bahkan berhenti terus dari merokok.
Kerana selain dapat menyebabkan kerosakan pada kulit, rokok juga dapat menjadi punca penyakit berbahya yang lain.

CARA 19 : HINDARI STRESS

Apa hubungannya stres dengan kulit wajah? Jangan salah faham, stress juga dapat menyebabkan kerosakan pada kulit, salah satunya iaitu menimbulkan jerawat.
Untuk itu, usahakan agar kita terhindar dari stress. Caranya iaitu dengan tidak menunda-nunda pekerjaan, luangkan waktu untuk sekadar refreshing diri

CARA 20 :  MENJAGA KEBERSIHAN KULIT SECARA TERATUR

Kulit anda kering dan kusam? Hal tersebut, boleh terjadi karena kita kurang pandai menjaga kebersihan kulit.
Selepas beraktiviti sepanjang hari, minyak, debu, kotoran dan bakteria akan bercampur dan melekat pada permukaan kulit.
Jika ia dibiarkan, ia akan menyumbat pori-pori kulit dan kulit akan membengkak (menjadi jerawat).
Maka dari itu, mulai dari sekarang kita harus belajar membiasakan diri untuk lebih rajin dalam menjaga kebersihan kulit secara teratur terutama di pagi dan malam hari.

 CARA 21 : JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN PELUNTUR ATAU LAIN-LAIN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KE ATAS KULIT ANDA

Walau apapun warna kulit anda, ia adalah cantik dengan keadaannya yang asal.
Tidak mengapa untuk menggunakan bahan-bahan yang selamat seperti jus lemon untuk memutihkan sedikit kulit anda tetapi jangan cuba untuk menukar sama sekali warna kulit anda daripada keadaan asalnya.
Terimalah diri anda seadanya dan jangan cuba untuk memiliki warna kulit yang lain.
Jika anda dilahirkan dengan kulit yang gelap, terimalah kecantikan anda dan jangan biarkan sesiapapun memberitahu anda untuk berubah.
Ramai wanita di seluruh dunia yang berpegang kepada standard kecantikan yang menghargai kulit cerah daripada kulit lebih gelap.
Ramai pula wanita lain yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat kulit yang lebih gelap, membayar untuk katil menggelapkan kulit dan mengambil risiko mendapat barah kulit untuk mendapat beberapa tahap kulit lebih gelap.
Tidak masuk akal, bukan begitu?
Dalam soal mendapat kulit yang cantik, perkara yang paling penting yang boleh anda buat ialah mengekalkan kulit sihat.
Kulit ialah organ tubuh yang paling besar dan ia berhak mendapat penjagaan yang paling teliti.
Makan dengan betul, pastikan tubuh kekal terhidrat dan kelupaskan dan lembapkan kulit anda agar kelihatan bertenaga dan sihat.

No comments:

Powered by Blogger.