Ads Top


12 Petua Merawat Bayi Terkena Demam Kuning (Jaundis)


Petua dan Tips : 12 Petua Merawat Bayi Terkena Demam Kuning (Jaundis)

Jika sebelum ni admin ada kongsikan cara elak bayi daripada terkena demam kuning, kali ini admin nak kongsikan pula petua atau tips untuk menyembuhkan penyakit demam kuning (jaundis)

1. Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerap. Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.

2. Elakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

3. Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam. Jika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.

4. Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

5. Susu kambing. Tak perlu banyak, sedikit dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi rasi dengan kaedah ini.

6. Sengkuang Cina juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.

7. Pokok Dukung Anak. Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

8. Halwa Kundur. Beli kat kedai Halwa Kundur, bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.

9. Rebus batang serai tu sehingga ia mengeluarkan bau wangi dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit. Lepas tu biarkan air rebusan tu menyejuk sampai agak-agak suam-suam kuku dan ambil airnya untuk memandikan bayi yang terkena demam kuning.

Mandikan baby yang menghidap demam kuning tu sekali sehari dengan air rebusan serai tu setiap hari sehingga ia sembuh. Biasanya dalam lima hari demam kuning yang dihidapinya akan sembuh. InsyaAllah.

10. Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan  Mandikan bayi dalam berapa hari.

11. Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

12. Buat urutan lembut di atas kening bayi iaitu dari pangkal mata ke dalam pangkal mata luar sambil berselawat atau bertasbih. Paling kurang 7 kali setiap kali. Ini dapat membantu mengelakkan kuning naik ke kepala. Bimbang akan diserang sawan.

Selamat mencuba..


No comments:

Powered by Blogger.