Tips Doa Mudah Menghafal
Petua dan Tips : Tips Doa Mudah Menghafal
Keterangan dan Petua Beramal
Dalam Tafsir Ibn kathir, diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas. Memerhatikan intisari munajat ini, seorang hamba digalakkan agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerah-Nya samada umur,rezeki,harta,anak-anak soleh dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat. Selain itu, kita memohon agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.
Akhirnya, kita juga meminta agar Allah mengangat kedudukan kita lebih tinggi daripada kedudukan orang lain, agar segala anugerah-Nya diberi kepada kita dahului orang lain .
Menurut al-Tirmizi , al-Nasa'i dan al-Hakim , doa ini dibacakan oleh Nabi saw sebaik sahaja selesai menerima wahyu . Justeru itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa menuntut ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari supaya terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.
Selamat beramal..
Selamat beramal..
Petua dan Tips : Tips Doa Mudah Menghafal
No comments: