Doa dan Rawatan Islam Mengubati Penyakit Asma
Petua dan Tips : Doa dan Rawatan Islam Mengubati Penyakit Asma
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.
Admin ingin berkongsi rawatan cara Islam berkenaan penyakit Asma ini.
1. SURAH AL-FATIHAH
{1}Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
{2}Puji-Pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam
{3}Yang Pengasih lagi Maha Penyayang
{4}Yang menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan
{5}Hanya Engkau yang Kami Sembah Dan hanya kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan
{6}Tunjukilah kami jalan yang lurus
{7}Iaitu jalan orang yang Engkau telah berikan nikmat kepada mereka..bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat
2. SELAWAT SYIFA'
3. DOA ASMA SEBANYAK 7 KALI
Maksudnya : Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti .
Selamat beramal..
Petua dan Tips : Doa dan Rawatan Islam Mengubati Penyakit Asma
PETIKAN :
Buku" Ikhtiar Penyembuhan Penyakit" dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab.
Karangan Tuan Guru Dato'Haron Din
Pengasas dan Penasihat Darussyifa
Halaman 46
No comments: