Ads Top


Petua Segarkan Badan Semasa Dalam Pantang

petua segarkan badan lepas bersalin

Petua dan Tips : Petua Segarkan Badan Semasa Dalam Pantang

Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan.  Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.

Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu.

Caranya:-

1. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.

2. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

InsyaAllah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

Petua dan Tips : Petua Segarkan Badan Semasa Dalam Pantang


No comments:

Powered by Blogger.