Ads Top


Cara Rawat Resdung Secara Tradisional

cara rawat resdung secara tradisional

Petua dan Tips : Cara Rawat Resdung Secara Tradisional

Bagi yang menghadapi masalah resdung dan ingin cuba rawatan secara tradisional, cubalah petua ini.

Petua 1: Sebelum mandi, ambil satu uncang teh dan gosokkan perlahan-lahan ke muka. Kemudian biarkan seketika supaya kulit dapat menyerap intipati serbuk teh. Selepas itu barulah dibasuh muka dengan air bersih.  Jika rajin mengamalkannya, insya-Allah masalah resdung (dan jerawat) pasti berkurangan.

Petua 2 : Sediakan beberapa hirisan bawang , beberapa helai daun sirih dan secubit biji sawi. Bahan-bahan ini di campur dalam air yang mendidih, kemudian bolehlah wapkan ke muka. Amalkan kaedah ni sekerap mungkin untuk kesan yang lebih baik sebagai ubat resdung mujarab.

Petua 3 : Kisar sedikit jintan manis, kemudian bungkus dalam perca kain. Hidu setiap kali sebelum tidur. Amalkan selalu, insyaAllah mujarab. 

Petua 4: Rebus bawang besar, kisar dan ambil airnya. Titiskan air bawang tu ke dalam lubang hidung. Sesetengah orang akan bersin berkali-kali, jangan risau, itu tindak balas biasa. Teruskan rawatan hingga benar-benar berkurangan. 

Selamat beramal..

Petua dan Tips : Cara Rawat Resdung Secara Tradisional

No comments:

Powered by Blogger.