Cara Putihkan Gigi Kuning
Petua dan Tips : Cara Putihkan Gigi Kuning
Gigi kuning yang di sebabkan merokok, faktor makanan dan minuman, memang warna gigi asli dan juga faktor usia boleh diputihkan dengan petua yang mudah untuk diamalkan.
1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak digalakkan mencuba cara ini.
2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih bersinar dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
5. Daun Salam
Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar helai daun salam tersebut, selepas itu tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu kamu akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
6. Strawberi
Kenapa strawberi? Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati. Selain kaya dengan vitamin C, strawberi juga dikenali mempunyai khasiat untuk membersihkan gigi. Walaupun rasanya manis, strawberi tidak berbahaya bagi kesihatan gigi. Sebaliknya, buah ini boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi dan membuatnya menjadi putih berseri.
7. Sari Epal dan Cuka Putih
Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kesan karat pada gigi, kerana kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Akan tetapi kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel.
Sari buah apel dan cuka putih juga sangat efektif menghilangkan noda karat pada gigi, karena keduanya mengandung unsur pemutih yang membantu menghilangkan noda dengan cepat. Akan tetapi kedua bahan ini sifatnya sangat keras, sehingga penggunaan secara harian akan menimbulkan kerusakan pada lapisan email.
8. Baking Soda
Tips selanjutnya iaitu menggunakan baking soda. Baking soda mampu menghilangkan sisa-sisa atau karat yang ada pada gigi, namun jika terlalu kerap menggunakan baking soda akan dapat mengakiskan lapisan gigi luaran yang boleh merosakkan stuktur gigi. Oleh itu, dinasihatkan anda menggunakan tips ini 1- 2 kali sebulan. Memutihkan gigi dengan cara yang satu ini sangatlah mudah. Anda hanya perlu menyapu baking soda ke seluruh permukaan gigi dan biarkan selama sekitar 10 minit. Setelah itu gosok gigi anda dengan ubat gigi sampai bersih. Selain itu, anda juga boleh mengacau baking soda dan air dalam bekas, dan gunakan campuran itu sebagai ubat gigi.
Diharapkan anda memperoleh gigi yang putih seperti yang diharapkan. Selamat beramal..
Petua dan Tips : Cara Putihkan Gigi Kuning
No comments: