Ads Top


8 Petua Elak Masalah Rambut Gugur


Petua dan Tips : 8 Petua Elak Masalah Rambut Gugur

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Petua 4 : Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran lagi.

Petua 5 : Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.

Petua 6 : Ada juga yang menggunakan santan kelapa.. Santan kelapa boleh melebatkan rambut tapi why not kita cuba dulu kan.. Mana tau boleh atasi rambut gugur jgk.

Petua 7 : Kulit tembikai pun boleh guna tau. Bila makan isi tembikai, jangan buang kulitnya. Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai sampai keluar air, then gosokkan pada kulit kepala dan ramas perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.

Petua 8 : Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat beramal..


No comments:

Powered by Blogger.