Ads Top


3 Punca Badan Letih dan Cara Mengatasinya

cara mengatasibadan letih dan lesu

Petua dan Tips : 13 Punca Badan Letih dan Cara Mengatasinya

Badan merasa letih diselangi dengan menguap kerap terjadi ketika anda melakukan aktiviti. Tidak dinafikan mengantuk yang terjadi kerana anda tidak cukup tidur, kurang tenaga, atau malah mengidap penyakit, seperti anemia. 


1. Tidak Cukup Tidur
Umumnya orang dewasa memerlukan tujuh hingga lapan jam sehari untuk tidur. Apabila anda terlalu mengantuk ketika melakukan aktiviti, kemungkinan  kerana kualiti tidur anda menurun. 

Cara mengatasinya : Hati-hati, kerana kurang tidur boleh mengakibatkan kesan buruk pada kesihatan dan konsentrasi anda. Tidurlah secukupnya.


2. "Sleep Apnea"
Beberapa orang merasakan bahawa mereka sudah cukup tidur. Namun, tak pernah terfikir sekiranya mereka mengalami sleep apnea. Sleep apnea adalah simptom gangguan tidur dengan kesukaran bernafas dan terjadi berulang-ulang. Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi setiap kali muncul gangguan ini kualiti tidur akan menurun. Hal ini menyebabkan anda tetap merasa kurang tidur walaupun sudah menghabiskan waktu lapan jam untuk berehat.

Cara mengatasinya : Sleep apnea juga berkaitan dengan berbagai penyakit, seperti hipertensi, gangguan jantung, diabetes, dan stroke. Sleep apnea terjadi akibat penyempitan saluran nafas selama tidur. Akibatnya, bekalan oksigen akan berulang kali terhenti sepanjang malam.


3. Kurang Bertenaga
Makan yang terlalu sedikit menyebabkan tubuh keletihan, tetapi makan makanan yang salah juga akan menjadi masalah. Diet yang seimbang membantu kadar gula darah anda dalam tahap yang normal dan mencegah rasa letih ketika gula dalam darah anda menurun.

Cara mengatasinya : Pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi dan cuba  menambahkan protein dan karbohidrat kompleks di setiap makanan. Contohnya, makan telur dengan roti gandum. Anda juga digalakkan mengambil makanan selingan untuk menjaga tenaga sepanjang hari.


4. Anemia
Anemia merupakan penyebab utama kelelahan pada wanita. Mengeluarkan darah selama menstruasi dapat menyebabkan kekurangan zat besi. Sel-sel darah merah sangat diperlukan tubuh kerana zat besi membawa oksigen ke saraf dan organ.

Cara mengatasinya : Anemia biasanya  disebabkan kurangnya zat besi. Ada baiknya anda mengambil vitamin zat besi dan makan makanan yang kaya zat besi, seperti daging, hati, kerang, kacang-kacangan, dan bijirin yang diperkaya zat besi.


5. Tekanan
Anda mungkin terfikir tekanan hanyalah gangguan emosi. Namun, ternyata hal ini juga berkaitan dengan gejala fizikal. Salah satu gejala fizikal yang paling umum adalah keletihan, sakit kepala, dan kehilangan nafsu makan. Jika anda tetap merasa lelah dan murung selama lebih dari dua minggu, sebaiknya berundinglah dengan doktor.

Cara mengatasinya : Kemurungan boleh diatasi melalui psikoterapi dan rawatan secara perubatan.


6. Hypothyroidism
Tiroid adalah kelenjar kecil di pangkal leher anda. Organ ini berfungsi mengawal metabolisme tubuh dan menetapkan kelajuan tubuh mengubah makanan menjadi tenaga. Ketika kelenjar ini tidak berfungsi dengan baik dan fungsi-fungsi metabolisme dalam tubuh berjalan lambat, anda mungkin merasa lemas dan bertambah gemuk.

Cara mengatasinya : Apabila ujian darah menunjukkan hormon tiroid anda sedang rendah, doktor akan menetapkan hormon sintetik untuk mengembalikan prestasi tubuh anda.


7. Terlalu banyak kafien
Mengambil kafein dalam dos yang betul dapat meningkatkan daya sedar dan tumpuan. Namun, terlalu banyak kafein boleh meningkatkan denyut jantung, tekanan darah, dan kejang. Berdasarkan penelitian, mengambil kafein terlalu banyak juga boleh menyebabkan keletihan pada beberapa orang.

Cara mengatasinya : Secara beransur-ansur kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan setiap ubat yang mengandungi kafein. Berhenti secara tiba-tiba boleh menyebabkan pengeluaran kafein dan keletihan berlebihan.


8. Jangkitan saluran kencing
Jika pernah mengalami jangkitan saluran kencing (UTI), anda mungkin mengalami rasa sakit seperti terbakar. Namun, jangkitan ini tak selalu ditunjukkan dengan gejala tersebut. Dalam beberapa kes, keletihan mungkin satu-satunya tanda anda terkena UTI. Anda boleh melakukan ujian air kencing untuk memastikan UTI.

Cara mengatasinya : Dapatkan rawatan doktor. Ubat-ubat jenis antibiotik boleh ditetapkan untuk mengatasi UTI dan keletihan biasanya akan hilang selepas kira-kira seminggu.


9. Diabetes
Pesakit diabetes umumnya mempunyai kadar gula darah tinggi, tetapi gula darah ini tetap berada dalam aliran darah dan tidak masuk ke dalam sel-sel sehingga tidak boleh diubah menjadi tenaga.

Hasilnya, tubuh boleh kehabisan tenaga walaupun anda cukup makan. Jika anda sering mengalami keletihan tanpa sebab, minta doktor anda untuk melakukan ujian diabetes.

Cara mengatasinya : Rawatan diabetes dengan cara mengubah gaya hidup, seperti diet dan sukan, terapi insulin dan ubat-ubatan boleh membantu tubuh dalam memproses gula.


10. Dehidrasi
Keletihan boleh jadi tanda anda terkena dehidrasi. Walaupun anda bekerja di luar atau di atas meja, tubuh tetap memerlukan air untuk bekerja dengan baik dan tetap tenang. Tanda-tanda orang dehidrasi ialah anda mengalami kehausan.

Cara mengatasinya : Minumlah air sepanjang hari sehingga urin anda bewarna terang. Sekurang-kurangnya dua gelas air setiap satu jam atau mengambil air lebih banyak sebelum melakukan aktiviti fizikal yang sudah dirancang. Kemudian, teruskan latihan anda lalu minumlah dua gelas lagi.


11. Penyakit Jantung
Ketika anda merasa keletihan akibat kegiatan rutin, seperti membersihkan rumah atau membersihkan laman, boleh jadi itu petanda jantung tidak bekerja dengan baik. Jika ternyata kegiatan sehari-hari yang mudah pun semakin sukar untuk dilakukan, segeralah berunding kepada doktor.

Cara mengatasinya : Mengubah gaya hidup, menjalani rawatan, dan ikutilah prosedur dari terapi yang anda jalankan untuk membuat jantung anda pada keadaan lebih baik sekaligus mengembalikan tenaga anda.


12. Kerja "Shift"
Bekerja malam atau melakukan kerja shift boleh mengganggu jam tidur anda. Anda mungkin merasa letih sewaktu terjaga. Dan, anda mungkin mengalami kesukaran tidur di siang hari.

Cara mengatasinya : Hadkan aktiviti pada siang hari ketika anda perlu berehat. Ciptakanlah suasana bilik tidur menjadi gelap, tenang, dan sejuk.


13. Alergi Makanan
Beberapa doktor percaya alahan pada sejenis makanan tertentu boleh membuat anda mengantuk. Jika keletihan yang keterlaluan meningkat selepas makan, mungkin anda harus memerhatikan jenis makanan yang mungkin tak menyebabkan anda gatal-gatal, tetapi cukup membuat anda mengantuk.

Cara mengatasinya : Cubalah untuk berhenti memakan salah satu jenis makanan untuk melihat apakah itu dikaitkan meningkatkan keletihan pada diri anda. Anda juga boleh meminta doktor untuk melakukan ujian alergi makanan.

Selamat beramal..



No comments:

Powered by Blogger.