Ads Top


10 Makanan Turunkan Darah Tinggi

makanan turunkan darah tinggi

Petua dan Tips : 10 Makanan Turunkan Darah Tinggi 

Penyakit darah tinggi sudah tidak asing lagi dalam masyarakat modern sekarang ini. Oleh itu, sebelum mendapat penyakit ini, eloklah kita semua berjaga-jaga dengan mengamalkan cara hidup sihat, melalui senaman/aktiviti fizikal dan pengambilan makanan sihat dan seimbang.

1. Whole grain (Bijirin penuh)
Whole grain ialah bijirin yang tidak dibuang dedaknya (bahagian bran dan germa bijirin). Whole grain mengandungi fiber yang tinggi selain nutrien lain. Whole grain juga berperanan menurunkan tekanan darah tinggi disebabkan kandungan potassium dan magnesium yang tinggi yang mampu menurunkan tekanan darah, di samping terasa kenyang dalam tempoh yg agak lama. Contoh whole grain ialah oatmeal atau roti whole grain.


2. Produk tenusu rendah lemak
Produk tenusu mempunyai kandungan kalsium dan vitamin D yang tinggi. Gabungan kedua-dua bahan ini mampu menurunkan tekanan darah. Kekurangan kalsium boleh meninggikan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Contohnya ialah susu rendah lemak, yugort tanpa lemak, dan lain-lain.


3. Sayur bayam
Sayur bayam mengandungi magnesium dan folate yang tinggi, di samping kalori yang rendah. Oleh itu, sayur bayam mampu membantu menurunkan tekanan darah.


4. Kekacang dan biji-bijian
Biji-bijian tanpa garam (contoh: biji bunga matahari tanpa garam) mempunyai kandungan magnesium yang tinggi yang mampu menurunkan tekanan darah. Kekacang pula (seperti kacang soya) mengandungi potassium dan fiber yang tinggi dan juga mampu merawat tekanan darah tinggi secara semulajadi.


5. Pisang
Pisang adalah sumber potassium yang baik dan mampu menurunkan tekanan darah. Jika kurang potassium, kandungan sodium (garam) akan menambah dalam badan, dan ini akan menaikkan tekanan darah, dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, makan pisang adalah cara yang mudah bagi menseimbangkan kandungan potasium dan sodium (garam) dalam badan.


6. Ubi kentang bakar
Ubi kentang yang dibakar adalah ubi kentang tanpa lemak dan tanpa kolesterol, malahan ia menjadi sumber magnesium dan fiber yang baik. Makan ubi kentang bakar mampu menurunkan tekanan darah kerana kandungan potassiumnya yang tinggi dan sodium (garam) yang rendah.


7. Coklat hitam
Coklat hitam mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, di samping nutrien penting yang lain. Antioksidan dalam coklat hitam ini boleh membantu menyingkirkan radikal bebas dalam badan, dan seterusnya memperbaiki kesihatan jantung keseluruhannya. Sebaik-baiknya, makan coklat hitam sedikit setiap hari, jangan ambil terlalu banyak kerana kandungan kalorinya yang tinggi.


8. Ikan salmon
Ikan salmon mengandungi protein rendah lemak dengan kandungan omega-3 yang tinggi, yang mana kedua-duanya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Bagi memperolehi khasiat ini, ikan salmon hendaklah dimasak dengan cara yang sihat, seperti panggang, bakar atau salai (jangan sekali-kali digoreng). Jika perlu, tambah hanya sedikit garam, minyak zaitun dan lada hitam sebelum dimasak.


9. Teh hijau
Minum teh hijau dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini kerana teh hijau juga mengandungi antioksidan yang tinggi bagi melawan radikal bebas yang boleh meninggikan tekanan darah. Digalakkan minum air teh hijau secawan pagi (bagi menggantikan kopi sarapan pagi) dan secawan lagi selepas makan malam.


10. Avocado
Seperti ubi kentang, avocado juga dikenali sebagai makanan banyak lemak, tetapi ia mengandungi lemak monotepu yang tinggi kandungan antioksidan dan vitamin B6, magnesium dan asid folik. Kandungan potassium dalam avocado juga melebihi potassium dalam pisang.

Selamat beramal..



No comments:

Powered by Blogger.