Cara Rawat Demam Campak
Petua dan Tips : Cara Rawat Demam Campak
CARA RAWAT DEMAM CAMPAK
1. Daun semambu / mambu / neen. Kat Utara depa panggil daun mambu. Daun mambu ni memang terkenal untuk rawatan demam campak. Caranya, ramas daun dalam air. Mandikan dengan air ramasan daun mambu.@ rebus daun ni dan buat mandi selama seminggu berturut-turut alhamdulillah demam campak cepat kering) letak daun mambu atas tilam, biar pesakit tidur atasnya ( letak daun mambu atas tilam, pastu lapik ngan kain batik sebab biasa anak-anak takmau tidur atas daun terus)
2. Daun inai. Ambil daun inai tumbuk bagi halus dicampur garam dan tempek di tapak kaki. Selepas tu balut kaki dengan plastik. Bagi anak-anak kecil disarankan ikat dengan kemas dan pakaikan stokin kalau tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. hehe. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki serta elakkan miang. Demam campak
3. Minum air kelapa muda. Ada yang kata minum selepas, ada yang sebelum. Boleh jer semua
CARA NAK HILANGKAN PARUT SELEPAS DEMAM CAMPAK
1. Daun asam jawa + bedak sejuk - tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni depa panggil berbedak.
2. Lendir ikan haruan - ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut-parut demam campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.
PANTANG LARANG YANG FAMOUS Demam campak
1. Jangan bagi kena air hujan - nanti takut parut besar akan kekal. Kira macam bentan la. Even dah sembuh pun tak boleh kena air hujan untuk 2,3 minggu Demam campak
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis. Pendek kata, masak takleh letak minyak. Makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada juga yang tak bagi makan ayam. Demam campak
3. Mandi - ada banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.
4. Jangan makan ubat - Orang-orang tua tak bagi makan ubat tau. Takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi kalau baby demam baik bagi paracetamol, bahaya kalau tak control demam, takut kena sawan pula.
5. Jangan mandi guna sabun - Elakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. Takut nanti dapat infeksi. Demam campak
6. Jangan pakai baju - Biarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak-kanak la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis-nipis, duk dalam rumah ja.), di khuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)
7. Jangan garu atau kopek kuping campak. Nanti parut demam campak akan kekal, macam jerawat jugak la.. Demam campak
Selamat mencuba.. Demam campak
Petua dan Tips : Cara Rawat Demam Campak
No comments: