Cara Mengurangkan Sakit Senggugut
Sesetengah wanita yang kedatangan haid akan berasa sakit pada bahagian perut dan peranakan. Penyakit nie dinamakan senggugut atau dalam bahasa english, ‘period pain‘. Kesakitannya amatlah perit dan sukar dibayangkan oleh orang yang tidak mengalaminya. Jangan risau, ada petua yang boleh mengatasinya..
1. Petua Elak Senggugut Dengan Bawang Merah
Petua nie dikatakan dapat mengelak senggugut daripada menyerang atau kalau kena juga, sakitnya tu tak lah teruk sangat seperti sebelumnya. Caranya ialah ambil tiga ulas bawang merah. Potong halus-halus dan campurkan dalam segelas air panas. Kemudian kacau dan minum air tersebut.
2. Petua Rawat Sakit Senggugut Dengan Air Halia
Orang dulu-dulu ada ikhtiar untuk menyembuhkan terus penyakit senggugut. Dikatakan bahawa kalau tak jemu mengamalkan petua nie insyaAllah sakit senggugut akhirnya tak menyerang lagi.
Rahsianya ialah dengan mengamalkan minum air perahan halia selama sebulan. Minum sebanyak dua kali setiap hari. Ketika mengamalkannya dan jika senggugut masih menyerang, cepat-cepat rendamkan kaki ke dalam satu bekas air suam yang telah dicampur dengan garam. Cuba terus mengamalkannya sehingga rasa sakit hilang.
3. Petua Kurangkan Sakit Dengan Coca-Cola
Banyak yang kita dengar antara petuanya ialah minum air coca cola, memang ada yang mengakuinya dan ia menjadi. Korang cuba cara ini ..
Jikalau diserang senggugut, minum satu tin atau satu gelas air coke. Ada yang kata air sarsi pun boleh juga. Minum kemudian berehat sekejap. Sedikit demi sedikit kesakitan yang dialami akan hilang.
4. Tuam Dengan Air Panas
Satu cara yang diamalkan oleh kebanyakan orang ialah bila rasa sakit tu, cuba tuam atau demah perut dengan kain yang dicelup dengan air panas. Nak lebih elok isikan air panas ke dalam bekas plastik, balut dengan kain dan letakkan ke perut. InsyaAllah, ia mampu mengurangkan kesakitan yang dialami.
Selamat mencuba..
Petua dan Tips : Cara Mengurangkan Sakit Senggugut
No comments: