Ads Top


Rawatan Cara Islam Untuk Penyakit Kanser

rawatan Islam penyakit kanser

Petua dan Tips : Rawatan Cara Islam Untuk Penyakit Kanser

Kali ini admin ingin berkongsi cara rawatan menggunakan ayat-ayat al Quran untuk mengubati penyakit kronik iaitu kanser. Semoga ia bermanfaat.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.


Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 

2. Salawat Nabi 10x. 

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 

3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 

4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 

5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Selamat beramal..



No comments:

Powered by Blogger.