Ads Top


Khasiat Epal Untuk Bayi Dalam Kandungan

khasiat epal untuk bayi dalam kandungan

Petua dan Tips : Khasiat Epal Untuk Bayi Dalam Kandungan

Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.

Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.

Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.

Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema.  Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hamil mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.

Selamat beramal..



No comments:

Powered by Blogger.