Cara Menangani Bayi Menangis Waktu Malam
Petua dan Tips : Cara Menangani Bayi Menangis Waktu Malam
Menjadi tidak keruan apabila anak kita asyik menangis di malam hari. Perkara ini dilalui oleh semua ibu bapa ketika melalui usia kanak-kanak. Namun begitu apabila ia semakin besar, masalah ini akan selesai. Berikut tips untuk mengatasi masalah bayi menangis malam:
1. Pastikan bayi kenyang semasa tidur
2. Sapu bayi anda dengan minyak bayi dan sedikit urutan sebelum tidur
3. Jika anak demam, pastikan sentiasa menjaga suhu badan bayi dengan membuat jelungan kepala
4. Jika keluar malam, pastikan anda tidak terus menyapa bayi semasa pulang. Sebaiknya berada di luar rumah seketika
5. Pastikan anda mandi atau cuci tangan sebelum memegang anak
6. Tuam dengan air suam/uncang pada perut dan kaki bayi jika perut kembong
7. Jangan bawa bayi ke tempat-tempat jarang dikunjungi
8. Jangan bawa bayi keluar maghrib atau malam
9. Pastikan anda sentiasa memeluk atau berada di sisi bayi
10. Pastikan tempat tidur bayi selesa - seperti kipas, bantal, tilam sesuai
11. Pastikan tiada bunyi yang kuat atau bising
12. Amalkan membaca surah-surah 3 Qul (surah al-Ikhlaas, surah al-Falaq, surah an-Naas) dan Yassin.
Selamat Beramal
Petua dan Tips : Cara Menangani Bayi Menangis Waktu Malam
No comments: