Cara Buat Perangkap Nyamuk
Petua dan Tips : Cara Membuat Perangkap Nyamuk
Tidur bertemankan nyamuk adalah tidur yang paling menyeksakan, apatah lagi jika "mereka" ini seolah-olah sedang berlumba haram disekitar telinga kita. Pelbagai racun sudah dicuba, Ohhh!! panas hati tidak boleh dibayangkan. Sabar, anda mungkin boleh cuba buat perangkap nyamuk ini.
Apa yang kita perlukan ialah:
→ 200 ml air
→ 50 gram gula perang,
→ 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
→ 1 botol plastik 2-liter.
Bagaimana caranya:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.
4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.
Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: sekolah, taska, hospital, kedai, ladang, dan lain-lain
Selamat mencuba..
Petua dan Tips : Cara Membuat Perangkap Nyamuk
No comments: