Ads Top


18 Cara Putihkan Kulit Secara Semulajadi

putihkan wajah dan badan

Petua dan Tips : 18 Cara Putihkan Kulit Secara Semulajadi

Selain rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya melalui makanan. Tapi apakah makanan yang perlu diambil untuk mendapatkan cerah berseri seperti yang diidamkan? Ini dia : 


1. TOMATO
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah ia menjadi kendur. 


2. STRAWBERI
Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C, iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit. 


3. SALAD
Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah 


4. TELUR
Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin yang berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat sinar ultra lembayung. Di samping itu, telur juga dapat membuat kulit lebih lembut, tegang dan lembap. 


5. EPAL
Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin iaitu antioksidan yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet 


6. SOYA
Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon. Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun. 

Caranya,ambil minuman soya setiap hari.


7. SENGKUANG
Buah sengkuang telah terbukti secara klinikal dapat memutihkan kulit, hal ini yang mendorong para pembuat produk pemutih kulit untuk menambahkan ekstrak sengkuang ke dalam produknya. Namun buah sengkuang agak sulit didapati sebab buahnya yang tidak terlalu sering digunakan. 

Cara-Caranya: Kupas buah sengkuang dan hancurkan untuk dijadikan masker dan sapukan di bahagian kulit yang ingin di putihkan.


8. BARLI
Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. 

Cara-Caranya:  Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Then, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan airmasak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.


9. BERAS PULUT
Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. 

Cara-Caranya: Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan. Bilas badan anda  dengan air mandian.  Amalkannya sekerap yang mungkin. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.


10. NENAS         

Caranya, Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.


11. TIMUN
Caranya, Isi timun diparut or dihancurkan or apa-apa jelah. Lepas tuh, campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau. Jangan pulak orange sunquickyer :D. Sapukan pada kulit yang nak diputihkan, Then tunggu dia sampai kering lepas tu bolehlah bilas dengan air bersih or air suam. Buat setiap malam kalau nak cepat hasil dia.


12. LOBAK MERAH
Caranya, Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.


13. LIMAU NIPIS
Caranya, belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan…kulit akan menjadi cerah, licin dan harum..


14. BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.

Caranya, makan selalu.. :D


15. LABU
Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. 

Caranya: campurkan puri labu, madu, cuka epal, tepung ubi,1 biji telur. Sapukan pada kulit yang hendak dicerahkan


17. KOPI
Serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.

Caranya; Tumbuk biji kopi sampai halus. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya. Kacau kesemua bahan hingga rata. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


18. MANDI SUSU
Aktiviti mandi susu ternyata bukan untuk trend semata-mata, mandi susu memiliki khasiat untuk memutihkan kulit, tetapi untuk mandi susu sudah tentu kita memerlukan kos yang tinggi apatah lagi untuk dilakukan sebagai rutin harian. Jika anda mampu, tidak salah memcuba.


No comments:

Powered by Blogger.